OnePlus 15 Diperkenalkan Di China Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5, Bateri 7300mAh
Aman
OnePlus hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon mercu mereka yang terbaru untuk pasaran China, iaitu OnePlus 15. Dengan pengenalan ini, kita mungkin menantikan beberapa bulan sebelum peranti sama diperkenalkan secara rasminya untuk pasaran global.

OnePlus 15 hadir bersama skrin 6.78-inci AMOLED dengan kadar segar semula mencapai 165Hz – menjadikan ia antara pertama di dunia dengan sokongan panel seumpamanya pada telefon pintar. Panel skrin berkenaan turut menyokong kadar kecerahan minima mencapai 1-nit – yang dikatakan memberikan keselesaan ketika digunakan pada waktu malam.
Menguasakan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, dan storan sehingga 1TB UFS 4.1. OnePlus 15 menyertakan bateri 7300mAh dengan sokongan pengecasan 12oW SuperVOOC.

Pada bahagian kamera, ia menggunakan sensor Sony 50MP sebagai sensor utama, dipadankan bersama sensor 50MP ultra-lebar dan 50MP telefoto. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan sensor 32MP. Tiada lagi penjenamaan Hasselblad pada kamera seperti sebelum ini.
OnePlus 15 juga menawarkan sokongan kalis air dan debu IP69K, selain menyertakan sokongan Bluetooth 6.0, WiFi 7, dan juga NFC. Pada bahagian tepi peranti, OnePlus telah menggantikan slider yang ikonik dengan jenama OnePlus kepada sebuah butang pintas yang boleh disesuaikan dengan aplikasi atau ciri yang ingin diakses.

Di China, OnePlus 15 hadir menjalankan sistem operasi ColorOS 16 yang dibangunkan Oppo, selain turut boleh dihubungkan bersama Apple Watch melalui aplikasi Oppo Health Connect.
Buat masa ini, pelancaran rasmi untuk pasaran global masih tidak dinyatakan lagi. Ramai yang menyasarkan ia mungkin diperkenalkan sekitar November kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






