Malaysia Oversight

OnePlus 15 Akan Hadir Dengan Bateri 7300mAh

By Amanz in October 21, 2025 – Reading time 1 minute
OnePlus 15 Akan Hadir Dengan Bateri 7300mAh


OnePlus 15 Akan Hadir Dengan Bateri 7300mAh

October 21, 2025
OnePlus

Aman

OnePlus kini melalui imej acah rasmi, mengesahkan telefon pintar mercu akan datang mereka berkenaan bakal turut menyertakan bateri bersaiz 7300mAh, sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lebih lama untuk pengguna.

OnePlus 7300mAh

Melengkapkan ia juga adalah sokongan pengecasan pantas berwayar mencapai 120W, dan 50W secara nirwayar. Penawaran bateri besar ini sekaligus menjadikan OnePlus 15 sebagai telefon pintar mercu dengan bateri bersaiz besar di pasaran.

Pengenalan ini juga selari dengan beberapa peranti baharu dipasaran yang hadir dengan saiz bateri lebih besar berbanding hanya sekitar 4000-5000mAh sebelum ini.

OnePlus 15 akan dilancarkan di secara rasminya pada 27 Oktober 2025, sebelum ia diperkenalkan untuk pasaran global dalam beberapa minggu selepasnya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link