Malaysia Oversight

NVIDIA Melabur $1 Bilion Ke Dalam Nokia Untuk Pembangunan Rangkaian AI 6G

By Amanz in October 29, 2025 – Reading time 1 minute
NVIDIA Melabur $1 Bilion Ke Dalam Nokia Untuk Pembangunan Rangkaian AI 6G


NVIDIA Melabur $1 Bilion Ke Dalam Nokia Untuk Pembangunan Rangkaian AI 6G

October 29, 2025
Nokia
Telekomunikasi

Effi Saharudin

NVIDIA melakukan pelaburan bernilai $1 bilion ke dalam Nokia bagi memacu pembangunan AI-RAN yang akan digunakan dalam rangkaian 6G di masa hadapan. Menerusi pelaburan ini, NVIDIA memegang 2.9% saham Nokia. Nokia akan menggunakan komputer AI NVIDIA dalam operasi mereka sementara NVIDIA pula mengintegrasikan pusat data Nokia ke dalam infrastruktur AI mereka.

NOKIA

Dengan rangkaian komunikasi AI-RAN, lebih banyak kelengkapan dengan kemampuan kecerdasan buatan (AI) dapat disokong secara natif termasuk di pinggir. Serentak dengan pengumuman ini, T-Mobile mengumumkan mereka akan menguji teknologi 6G AI-RAN NVIDIA Nokia bermula 2026.

Kesemua ini adalah persediaan kepada penggunaan AI generatif, agentik, dron, cermin mata AR tam dan cermin mata pintar yang memerlukan internet yang pantas bagi menyokong pelbagai ciri yang diperlukan oleh pengguna.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link