NVIDIA Jetson Thor Dilancarkan Sebagai Otak Robot dan Kenderaan Swapandu
Effi Saharudin
NVIDIA Jetson Thor dilancarkan lewat malam tadi sebagai superkomputer yang berfungsi sebagai otak digunakan pada robot berbentuk manusia. Ia menggantikan Jetson Orin. yang dilancarkan empat tahun lalu.

Ia menggunakan GPU Blackwell yang menjadikannya 7.5 kali ganda lebih berkuasa dalam pemproses kecerdasan buatan (AI) serta 3.1 kali CPU lebih pantas berbanding Jetson generasi sebelumnya.
Kuasa lebih tinggi ini menurut NVIDIA membolehkan robot berbentuk manusia beroperasi dan berfikir lebih pantas secara masa nyata sekaligus memberikan kemampuan beroperasi secara berdikari. Antara pelanggan awal Jetson Thor ialah Amazon, Meta, Caterpillar dan Agility Robotics. Ia juga digunakan oleh Universiti Stanford, Carnegie Mellon, dan University of Zurich dalam pembangunan robot.
Turut diumumkan ialah NVIDIA Drive AGX Thor, sebuah kit dengan komponen yang sama tetapi untuk pembangunan kenderaan swapandu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.