NVIDIA Dilaporkan Akan Melabur Pada xAI – Syarikat Kecerdasan Buatan Elon Musk
Aman
xAI, syarikat kecerdasan buatan milik Elon Musk yang mengoperasikan perkhidmatan X dan juga chatbot Grok, kini dilaporkan dalam proses meraih dana pelaburan baharu berjumlah sekitar $20 bilion. Menariknya adalah, pihak NVIDIA dilaporkan turut akan melabur pada xAI, sebanyak $2 bilion.

Pelaburan baharu ini dikatakan akan dibentuk dibawah sebuah syarikat baharu, yang akan bertanggungjawab dalam mendapatkan pemprosesan NVIDIA, dan seterusnya xAI akan menyewa cip berkenaan untuk tempoh lima tahun.
Kebelakangan ini, pelbagai syarikat kecerdasan buatan barat dilihat menghadapi cabaran dalam mendapatkan kapasiti pemprosesan dan perkomputeran untuk model kecerdasan buatan masing-masing. Ini sekaligus membuka ruangan unik untuk NVIDIA dalam terus memperluaskan pasaran mereka, dan turut melabur pada beberapa syarikat yang berkaitan.
Selain xAI, sebelum ini, NVIDIA turut telah mengumumkan pelaburan pada Intel, selain turut telah mengumumkan pelaburan sehingga $100 bilion pada OpenAI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






