NVIDIA Didakwa Melanggar Akta Anti Persaingan Di China
Effi Saharudin
Pihak berkuasa China menuduh NVIDIA melanggar akta anti persaingan negara tersebut dengan ini dilihat sebagai satu lagi tekanan ke atas Amerika Syarikat bagi menyelesaikan isu tarif yang dikenakan Presiden Trump tahun ini. Apakah kesalahan NVIDIA tidak dinyatakan dengan NVIDIA mengeluarkan kenyataan mereka akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dan mematuhi undang-undang China.

Sejak pentadbiran Biden lagi, eksport cip ke China khususnya yang diperlukan untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) telah dihadkan. Dengan perang perdagangan antara kedua-dua negara tidak menunjukkan akan reda, China mengeluarkan arahan kepada syarikat tempatan supaya tidak menggunakan cip keluaran NVIDIA dan sebaliknya berpindah ke cip keluaran tempatan seperti Huawei.
Wakil kedua-dua negara sedang melakukan pertemuan di Sepanyol bagi menyelesaikan pelbagai isu seperti penjualan TikTok dan eksport gandum ke China. Tarif sehingga 245% dikenakan ke atas China oleh Trump awal tahun ini kerana didakwa melakukan perdagangan secara tidak adil dengan Amerika
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.