Malaysia Oversight

NVIDIA Akan Melabur Sehingga $100 Bilion Pada OpenAI

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
NVIDIA Akan Melabur Sehingga $100 Bilion Pada OpenAI


NVIDIA Akan Melabur Sehingga $100 Bilion Pada OpenAI

September 23, 2025
Kecerdasan Buatan
NVIDIA

Aman

NVIDIA baru-baru ini telah mengumumkan pelaburan pada Intel, dan terbaru, hari ini mereka membuat kejutan sekali lagi apabila OpenAI memaklumkan NVIDIA akan melabur sehingga $100 bilion pada OpenAI.

OpenAI NVIDIA

Pelaburan ini dijangka dilakukan secara berperingkat, dan akan digunakan dalam pembangunan pusat data dan juga kapasiti kuasa untuk perkomputeran. Kedua-dua pihak akan membangunkan sehingga 10 gigawatt kuasa untuk terus menguasakan perkomputeran model kecerdasan buatan generasi baharu.

Pengenalan sistem gigawatt pertama dibawah kerjasama ini dijangka mula digunakan seawal penghujung 2026.

Dengan perkembangan ini, ia dijangka akan menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk NVIDIA yang akan turut mempunyai pegangan pada syarikat kecerdasan buatan terkemuka, sementara OpenAI akan mempunyai akses kepada pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan oleh NVIDIA.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link