Malaysia Oversight

Nurul Izzah penyelamat PKR jika cabar Rafizi, kata Hassan

By MkiniBM in May 7, 2025 – Reading time 3 minute
Nurul Izzah penyelamat PKR jika cabar Rafizi, kata Hassan


, di mata Hassan Abdul Karim, merupakan “penyelamat” daripada mendapat seorang timbalan presiden yang “tidak sesuai” dan memenuhi aspirasi rakyat Malaysia yang inginkan pemimpin matang.

Menyertai suara sokongan pelbagai pihak yang mengalu-alukan bertanding jawatan dalam pemilihan tidak lama lagi, Hassan berkata, dia memang menentang amalan kronisme, sama ada dalam mahupun parti.

Pun begitu, kata bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang berkenaan, dalam konteks , dia rela berada di barisan hadapan untuk mempertahankan anak perdana menteri berkenaan.

Katanya, Nurul Izzah tidak boleh dinafikan haknya untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden hanya kerana dia anak Ibrahim yang kini menjadi perdana menteri merangkap Presiden .

“Nurul Izzah mempunyai kebolehan, dan jika dia bertanding Timbalan Presiden PKR, beliau insya-Allah boleh menang atas meritnya.

pula seharusnya berkecuali dan memerhati sahaja jika puterinya itu masuk gelanggang dan bersaing secara demokratis.

“Nurul Izzah adalah faktor yang boleh menyelamatkan PKR daripada mendapat pilihan yang tidak sesuai untuk jawatan sepenting timbalan presiden parti,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Nama Nurul Izzah mula disebut-sebut sebagai calon yang wajar diangkat bertanding bagi jawatan timbalan presiden sejak pagi tadi dan dengan pantas mendapat sokongan banyak pihak.

Terhindar pecah, huru-hara

Antaranya ialah bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid, selain Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ketika ini jawatan timbalan presiden disandang Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Baru-baru ini Hassan secara terbuka menunjukkan rasa puas hati apabila sejumlah pemimpin PKR yang dikaitkan dengan Rafizi gagal memenangi pemilihan di peringkat cabang.

Antaranya Naib Presiden PKR yang sebelum ini mengetuai Cabang Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang tewas kepada pelakon, pengarah dan pelawak, Afdlin Shauki.

Seorang lagi tokoh yang dilihat dekat dengan Rafizi dan kalah ialah Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir.

296d6738895d770fe072b6251fc832fc
Rafizi Ramli

Kata Hassan, pemilihan PKR kali ini adalah satu “revolusi demokrasi melalui peti undi secara digital tercanggih.”

Selain Nurul Izzah, seorang lagi tokoh kanan PKR yang disebut-sebut mungkin mencabar Rafizi ialah Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Dia merupakan bekas setiausaha agung parti.

Bagaimanapun setakat ini Saifuddin belum menyatakan keputusannya sama ada menyertai persaingan itu atau sebaliknya.

Menjelaskan sokongannya kepada Nurul Izzah hari ini, Hassan berkata wajar untuk Nurul Izzah bertanding sama ada secara satu lawan satu dengan Rafizi atau persaingan tiga penjuru.

“Jika ada pertandingan sebaiknya ia sengit (supaya) tidak ada sesiapa yang berkata Nurul Izzah menang atas dasar kronisme,” katanya.

Katanya anggota PKR yang bersama dengan perjuangan parti sejak lebih 25 tahun lalu memang mengenali kekuatan dan kelemahan serta sahsiah Nurul Izzah yang memang layak diberi peluang untuk tumbuh sebagai pemimpin.

e11dbeb3282d94ab2156667eb7ade9d9

Kekalahan Nurul Izzah dalam PRU ke-15 lalu, tambah bekas Pengerusi PKR Johor itu lagi, membawa hikmah agar dia menghadpai ujian ketahanan, kesabaran dan bermuasabah untuk bangkit semula sebagai pemimpin parti.

“Rakyat Malaysia mahukan pemimpin muda yang matang dan mendewasa di dalam perjuangan.

“Sebagai seorang yang berpelajaran tinggi di universiti dalam bidang kejuteraan elektrik dan 15 tahun sebagai ahli parlimen Malaysia, dua penggal jadi ahli parlimen Lembah Pantai dan satu penggal lalu di Permatang Pauh, maka Nurul Izzah telah membina pengalaman sebagai penggubal undang-undang dan pembina polisi negara,” katanya.

Dakwa Hassan, rakyat Malaysia juga menaruh harapan untuk mendapat seorang perdana menteri wanita untuk kali pertama.

“PKR akan terhindar daripada pecah dan huru-hara jika Nurul Izzah bersedia menjadi calon timbalan presiden.

“Penyokong Rafizi dan penyokong setia Anwar amat menghormati Nurul Izzah dan senang dengan dia,” katanya.



Source link