Malaysia Oversight

Nurul Izzah kritik pelantikan semula Azam Baki

By MkiniBM in May 10, 2025 – Reading time 2 minute
Nurul Izzah kritik pelantikan semula Azam Baki


Calon timbalan presiden mengkritik pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya SPRM buat kali ketiga sebagai keputusan yang “tidak dialu-alukan”.

“Pemanjangan kontrak sebegini menyukarkan perubahan mendasar berlaku.

“Kita memerlukan keberanian penjawat awam, pimpinan serta anggota parti dan lainnya untuk memastikan kita punyai kekuatan iltizam untuk membuat pilihan baru,” katanya dalam catatan di X.

, anak sulung perdana menteri dan presiden Ibrahim, sebelum pencalonannya sevagai timbalan presiden parti berikrar untuk membuat “keputusan terbaik” yang mengimbangi perpaduan dengan reformasi.

Semalam, Azam telah diberikan perlanjutan ketiga sebagai ketua pesuruhjaya SPRM di bawah pentadbiran .

Azam menerajui SPRM dengan terpalit kontroversi. Antara kritikan semasa terhadapnya ialah persepsi bahawa suruhanjaya itu perlahan dalam menyiasat skandal rasuah Sabah yang didakwa melibatkan beberapa dan pemimpin negeri.

Sementara itu, pencalonan Nurul Izzah sebagai timbalan presiden mencetuskan kritikan daripada beberapa pemerhati bahawa parti itu mengamalkan nepotisme.

Walaupun Nurul Izzah menafikan dakwaan sedemikian, kritikannya terhadap pelanjutan tempoh perkhidmatan Azam nampaknya adalah kali pertama dia bersuara secara terbuka menentang tindakan pentadbiran bapanya.

Kali terakhir dia dilihat secara terbuka tidak bersetuju dengan Anwar adalah pada November 2020, apabila dia mengkritik kepimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana membatalkan undian terhadap Belanjawan 2021 pada saat-saat akhir.

Dalam pemilihan parti PKR akan datang, Nurul Izzah akan bertanding menentang penyandang timbalan presiden Rafizi Ramli – yang pernah menjadi sekutu rapatnya sebelum ini.

Jika dia menang, ia boleh meletakkan asas untuk kenaikannya sebagai presiden PKR.

Anwar – yang memenangi jawatan presiden tanpa bertanding – akan menjalani penggal terakhirnya sebagai presiden parti selepas mencapai had tiga penggal.



Source link