Malaysia Oversight

Nurul Izzah dedah kisah bawa pencipta USB pulang ke Malaysia

By MkiniBM in July 27, 2025 – Reading time 3 minute
Nurul Izzah dedah kisah bawa pencipta USB pulang ke Malaysia


Timbalan Presiden Nurul Izzah hari ini berkongsi peranannya di sebalik tabir dalam membantu pencipta pemacu USB, Pua Khien Seng untuk memulakan perusahaan baru di Malaysia.

Pua dilahirkan di Malaysia tetapi menempa nama di Taiwan, tempatnya berpangkalan. Dia merupakan pengasas bersama syarikat teknologi terkemuka, Phison.

Dalam satu hantaran di media sosial, Nurul Izzah berkata dia telah bertemu dengan Pua dua tahun lalu.

Dalam pertemuan itu, katanya, Pua menyatakan hasrat untuk membawa pelaburan sebanyak RM100 juta ke Malaysia serta pemindahan teknologi bernilai RM1 bilion, yang mampu meletakkan Malaysia di barisan depan dalam industri reka bentuk cip mikro.

“Namun, Pua meluahkan sesuatu yang sangat menyentuh hati saya. (Pua berkata) ‘Saya mampu merungkai dunia mikrocip yang kompleks, tetapi saya masih gagal memahami mentaliti dan landskap politik di Malaysia’,” kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah, yang merupakan pengerusi bersama sekretariat bagi menyokong jawatankuasa penasihat kepada Ibrahim selaku Menteri Kewangan, berkata dia kemudiannya membantu menyediakan asas untuk Pua.

6010c14127e3782d891ce9e77284becf
Pua Khien seng dan Nurul Izzah

Menurutnya, dia membantu menghubungkan Pua dengan ekosistem dasar serta agensi dan kementerian yang relevan. 

Saya juga mempertemukannya dengan individu dan pihak yang tepat, termasuk Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec), kerana hasrat kami adalah untuk menjadikan sebagai Lembah Silikon Malaysia,” katanya lagi.

Pada Ogos tahun lalu, syarikat baru milik Pua, iaitu MaiStorage Technology Sdn Bhd yang merupakan subsidiari kepada Phison, memulakan operasinya di Malaysia.

MaiStorage ialah penyedia teknologi reka bentuk litar bersepadu dan storan, dengan tumpuan kepada pusat data, aplikasi kecerdasan buatan, serta industri automotif negara.

Pejabat MaiStorage terletak di Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu Semikonduktor Malaysia di PFCC, Bandar Puteri Puchong. Ia diuruskan oleh Sidec, dengan pelaburan bersama daripada dan Kementerian Ekonomi.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh pada Mei lalu dan menyasarkan untuk disenaraikan di bursa saham menjelang 2028.

Dalam hantarannya, Nurul Izzah juga berkata dia telah dijemput ke pejabat MaiStorage dua hari lalu, di mana Pua dikatakan memberitahunya: “Saya telah tunaikan janji saya. Terima kasih Puan Izzah kerana mempercayai saya dan membimbing saya ketika saya memerlukan bantuan.”

Nurul Izzah telah dilantik sebagai penasihat kepada Sidec pada awal bulan ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mempertahankan pelantikan itu dengan berkata Nurul Izzah telah memainkan peranan penting di belakang tabir dalam industri semikonduktor.

Sementara itu, di ruangan komen hantaran Nurul Izzah tersebut, beberapa pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin turut memberikan komen mengenai perkara itu.

Batu Uban dari PKR, Kumaresan Aramugam pula kelihatan seperti menyindir pesaing Nurul Izzah dalam parti itu, iaitu Rafizi Ramli dan sekutunya yang lain.

“Ingat Rafizi dan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) Chang Lih Kang yang bawa dia (Pua) masuk. Saya tak sangka rupa-rupanya Nurul Izzah yang bawa dia,” katanya. 

Machang Bubok Lee Khai Loon membalas komen itu dengan berkata: “Saya juga fikir begitu, sehinggalah saya baca hantaran ini”.

Chang dilihat sebagai antara sekutu Rafizi, manakala Kumaresan dan Lee dilihat berpihak kepada Nurul Izzah.



Source link