Malaysia Oversight

Nurul Izzah calon terbaik jawatan Timbalan Presiden

By Utusan in May 8, 2025 – Reading time 2 minute
Nurul Izzah calon terbaik jawatan Timbalan Presiden


IPOH: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim menyokong pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

Beliau menyifatkan sebagai pemimpin yang selayaknya untuk menyambung perjuangan bagi menjamin kelangsungan parti.

Justeru, kata beliau, dalam usaha parti mengolah amanah dan harapan rakyat saat ini, ketokohan dan karisma ternyata menjadi penyuntik kekuatan dan semangat baharu dalam kalangan pimpinan dan anggota parti.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan berkeyakinan tinggi Nurul Izzah adalah calon terbaik untuk jawatan Timbalan Presiden .

“Sejarah tidak mampu menafikan betapa ketokohan beliau teruji dengan asakan sistem yang zalim di masa lalu yang telah melonjak kepemimpinan beliau.

“Beliau menjadi antara pengasas dan penggerak awal gerakan reformasi dan memastikan lahirnya sebagai wadah untuk massa.

“Dengan nilai kepemimpinan yang tegas dan unik, saya punyai harapan yang besar terhadap kepemimpinan beliau dalam memungkinkan lakaran sejarah bangsa yang lebih terangkum dan berketrampilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurul Izzah sebelum ini dikatakan telah bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden pada sesi pemilihan parti yang akan berlangsung 24 Mei ini.

Bagaimanapun, sejak semalam banyak suara akar umbi dan pemimpin parti mula melobi puteri reformasi itu agar bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR.

PKR Perak antara yang awal menyatakan sokongan bagi pencalonan Nurul Izzah untuk jawatan tersebut. – UTUSAN

 





Source link