Nubia Z80 Ultra Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Kit Fotografi
Effi Saharudin
Nubia Z80 Ultra dilancarkan semalam dengan ia sebuah lagi telefon pintar dengan cip mercu Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta ditawarkan dengan kit fotografi. Dari segi spesifikasi ia hadir dengan skrin 6.85″ AMOLED dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz. Cip mercu Qualcomm dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x, storan sehingga 1 TB UFS 4.1 dan bateri 7200 mAh. Bateri ini boleh dicas 90W secara berwayar dan 80 secara nirwayar

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, lensa ultra sudut lebar 50MP dan lensa telefoto 64MP dengan OIS yang boleh melakukan zum optikal 3X. Di hadapan pula diletakkan kamera swafoto 16MP yang terletak di bawah skrin.

Peranti hadir dengan sistem penyejukan 3D Ice Steel VC yang menggabungkan sistem kebuk wasap dan penggunaan logam cecair. Ini membolehkan Z80 Ultra yang ditawarkan sebagai peranti fotografi juga digunakan untuk menjalankan permua pada tetapan tertinggi. Tubuh telefon melepasi piawaian kalis air serta debu IP69 dan sistem operasi yang digunakan ialah Nebula AIOS 2 berasaskan Android 16.

Kit fotografi yang ditawarkan mengubah peranti menjadi seakan sebuah kamera digital dengan rekaan kamera analog. Terdapat lensa tambahan, butang kamera, tempat pemegang yang memudahkan ia dikendalikan oleh pemilik dan tali sandang.
Harga bermula daripada RMB 4,999 (~RM3,300) dengan pilihan warna Light White, Phantom Black, dan edisi khas Starry Sky (inspirasi Vincent van Gogh). Kit fotografi pula ditawarkan pada harga RMB 669 (~RM 397).
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






