Malaysia Oversight

Nubia V80 Design Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM569

By Amanz in November 7, 2025 – Reading time 1 minute
Nubia V80 Design Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM569


Nubia V80 Design Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM569

November 7, 2025
Nubia

Amy Maizuraa

Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya V80 Design di Malaysia. Menariknya, rekaan peranti ini menyerupai siri iPhone 17 Pro yang baharu lalu menjadikannya pilihan bergaya dalam kategori mampu milik. Harga jualan rasmi ditetapkan pada RM569 dengan pilihan warna hitam dan emas. Peranti boleh didapati melalui pengedar sah ZTE Malaysia.

image 1 1

Nubia V80 Design hadir dengan skrin 6.75-inci HD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip UNISOC T7280 bersama pilihan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Peranti ini juga dilengkapi kamera utama 50MP + 2MP, swafoto 16MP serta bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W. Ciri tambahan termasuk kalis air IP64, butang AI yang boleh diubah suai dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link