Nubia Air Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1099
Amy Maizuraa
Nubia secara rasminya melancarkan telefon terbaharu Nubia Air di pasaran Malaysia. Ia ditawarkan pada harga jualan RM1099 namun boleh dimiliki serendah RM899 menerusi promosi khas untuk pembeli terawal yang terhad. Terdapat dua pilihan warna menarik iaitu Titanium Black dan Titanium Desert yang boleh didapati melalui pengedar sah Nubia di seluruh Malaysia.

Nubia Air dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78 inci 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip Unisoc T8300 dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh menyokong pengecasan 33W serta teknologi penjimatan kuasa AI untuk penggunaan lebih efisien.

Nubia Air juga tahan lasak dengan piawaian kalis air IP69K/IP68 yang sepatutnya boleh tahan semburan air kuat dan boleh direndam dalam air tawar. Reka bentuknya sangat nipis 9mm dan ringan sekitar 172g menjadikannya senang dibawa ke mana-mana.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






