
Nothing Umum Essential – Langkah Pertama Ke Arah Sistem Operasi AI
Aman
Nothing baru-baru ini telah mengumumkan ingin membangunkan sistem operasi dikuasakan kecerdasan buatan, sekaligus membolehkan sesuatu sistem operasi dioptimasikan untuk setiap pengguna berasaskan kepada penggunaan dan citarasa. Lanjutan daripadanya, Nothing mengumumkan penjenamaan untuk produk memfokuskan kecerdasan buatan, iaitu Essential.
Melalui laman Essential, Nothing mengatakan Essential adalah langkah pertama ke arah sistem operasi dikuasakan kecerdasan buatan. Pengguna turut boleh menjana aplikasi mereka tersendiri melalui Essential menggunakan arahan teks, dan menggunakannya dalam kegunaan harian.
Menguasakannya juga adalah Playground, yang bakal menjadi “kedai aplikasi” untuk pengguna mengakses dan melihat pelbagai perkongsian aplikasi janaan kecerdasan buatan pengguna lain.
Nothing dijangka masih menggunakan Android sebagai kod asas, dan membangunkan pelbagai perkara dan integrasi ini di atas platform Android. Ini sekaligus membolehkan pengguna kekal menikmati ekosistem Android, tetapi dengan kelebihan Essentials.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bilakah Nothing akan memperkenalkan Essential ini secara rasminya, dan membolehkan pengguna menggunakannya dalam kegunaan harian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






