Malaysia Oversight

Nothing Phone (3) Mungkin Tidak Dilengkapi Dengan Sistem Lampu Glyph

By Amanz in May 30, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Phone (3) Mungkin Tidak Dilengkapi Dengan Sistem Lampu Glyph


Nothing kini berkongsi kemas kini terkini yang memberi bayangan bahawa Glyph Interface mungkin tidak lagi disertakan dalam telefon baharu mereka.

Dalam ciapan rasmi di X, Nothing menulis, “We killed the Glyph Interface”, bersama klip pendek yang menunjukkan lampu di dua sudut atas dan bahagian bawah berkelip sebelum terpadam sepenuhnya.

Nothing Phone 3 glyph

Namun, lampu berbentuk bulat di tengah tidak ditunjukkan secara langsung. Malahan, ruang kosong antara ketiga-tiga lampu yang dipaparkan seolah-olah memberi petunjuk bahawa ia juga mungkin tidak akan disertakan dalam peranti baharu mereka.

Glyph Interface telah menjadi ciri utama sejak Nothing Phone (1) diperkenalkan pada tahun 2022. Oleh itu, kehilangan ciri ini dalam model terbaharu mungkin akan memberi kesan kepada identiti telefon yang selama ini dikenali dengan reka bentuk uniknya.

Namun begitu, perubahan ini berpotensi memberikan manfaat kepada pengguna yang lebih menggemari reka bentuk ringkas dan minimalis.



Source link