Malaysia Oversight

Nothing Phone (3) Dikatakan Akan Menerima Kemaskini Perisian Selama 7 Tahun

By Amanz in June 18, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Phone (3) Dikatakan Akan Menerima Kemaskini Perisian Selama 7 Tahun


Nothing berkongsi lebih banyak butiran mengenai peranti akan datang mereka iaitu Nothing Phone (3). Menurut pengasas bersama syarikat, Akis Evangelidis, peranti akan disokong dengan kemas kini perisian selama 5 + 7. Walaupun pecahan tepat tidak diumumkan, ia berkemungkinan merujuk kepada 5 tahun kemas kini versi Android dan 7 tahun sekuriti yang menjadi lonjakan ketara berbanding penawaran sebelum ini.

Nothing Phone 3 Update

Nothing Phone (3) akan dikuasai oleh cip Snapdragon 8s Gen 4 iaitu pemproses berprestasi tinggi yang turut digunakan pada iQOO Neo10. Ini menjadikannya peranti premium keluaran Nothing setakat ini. Menariknya, rekaan juga akan diberi nafas baru tanpa penggunaan sistem lampu Glyph seperti model-model terdahulu bagi menjadikannya lebih moden dan berbeza.



Source link