Nothing OS 4.0 Diumumkan Dengan Antaramuka Lebih Minimalis Dan Mod Gelap Baharu
Effi Saharudin
Nothing telah mengumumkan sistem operasi Nothing OS 4.0 yang berasaskan Android 16. Menerusinya Nothing ingin memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, intuitif dan unik kepada pemilik pranti.
Nothing OS 4.0 membawa reka bentuk yang lebih seragam dan minimalis. Misalnya Ikon dan komponen sistem kini diselarikan untuk rupa dan rasa yang konsisten di seluruh peranti. Menu Quick Setting telah dirombak untuk menjadi lebih ringkas dan mudah diakses. Extra Dark Mode juga telah diperkenalkan untuk mengurangkan ketegangan mata, terutamanya dalam keadaan gelap.

Ciri multi tugasan aplikasi juga ditambahbaik dengan Pop-up View yang membolehkan anda menguruskan beberapa aplikasi secara serentak disamping aplikasi dioptimasikan lagi bagi meningkatkan kelajuan menjadikan penggunaan harian lebih pantas dan efisien.
Kemampuan fotografi juga diberikan perhatian menerusi TrueLens. Terdapat kawalan kamera baharu yang memberikan pengguna lebih banyak cara mengambil gambar. Galeri juga menjadi lebih pintar, memudahkan pengurusan dan penyusunan foto anda.
Pengguna kini boleh melihat tingkah laku AI dengan lebih telus dan mempunyai papan pemuka penggunaan untuk memantau bagaimana AI berinteraksi dengan data mereka. Ini memberikan pengguna kuasa dan ketenangan fikiran yang lebih besar. Program ujian Beta terbuka yang akan dilancarkan tidak lama lagi tetapi tarikh belum lagi diumumkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.