Nothing Mungkin Perkenalkan Telefon Pintar Bajet Dengan Penjenamaan ‘Lite’ Atau ‘T’
July 23, 2025
•
Amy Maizuraa
Nothing dilaporkan sedang merancang untuk meperluaskan barisan telefon pintar dengan model bajet baharu yang mungkin menggunakan penjenamaan ‘Lite’ dan ‘T’. Langkah ini dikatakan sebagai tindak balas kepada sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap model Pro dalam siri Nothing Phone (3). Pelancaran Phone (3) pada awal Julai lalu turut menerima reaksi bercampur baur daripada pengguna.

Walaupun peranti tersebut masih mengekalkan elemen visual ikonik jenama Nothing, penggantian sistem pencahayaan Glyph dengan paparan statik berbentuk Glyph telah menimbulkan persoalan terhadap kedudukannya sebagai peranti mercu. Lebih-lebih lagi apabila peranti itu ditawarkan pada harga jualan yang tinggi.

Dalam segmen bajet, Nothing kini menawarkan siri ‘a’ seperti Phone (3a) dan Phone (3a) Pro dengan masing-masing dikategorikan sebagai pilihan mesra pengguna. Penambahan model Lite dan T telah menimbulkan spekulasi sama ada ia akan menjadi versi lebih mampu milik kepada Phone (3) dan (3a) Pro, atau berpotensi menggantikan siri ‘a’ sepenuhnya. Setakat ini, Nothing belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin ini.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.