Nothing Mengatakan 2026 Akan Lihat Perlumbaan Penawaran Spesifikasi Tamat, Harga Peranti Meningkat
Aman
Salah satu perkara yang disuarakan oleh semua pemain industri pengeluar peranti untuk tahun 2026 ini adalah kebimbangan akses kepada cip memori, yang akan membawa kepada peningkatan harga jualan kelak. Nothing hari ini menyentuh perkara berkenaan, dan mengatakan mereka melihat peningkatan harga jualan sehingga 30% untuk beberapa peranti.

https://x.com/getpeid/status/2011264565598912657Nothing mengatakan peningkatan harga untuk cip memori ini dijangka membuatkan pelbagai pengeluar tidak lagi berlumba dalam penawaran spesifikasi, dan memfokuskan lebih kepada penawaran pengalaman dan rekabentuk yang unik. Ini sekaligus memberikan gambaran Nothing dalam kedudukan agak strategik memandangkan mereka mempunyai rekaan yang berbeza berbanding pengeluar lain, selain turut memfokuskan pada antaramuka dan rekaan sistem operasi kebelakangan ini.
Disamping itu, Nothing juga telah mula memfokuskan integrasi kecerdasan buatan, dan turut memposisikan peranti mereka sebagai peranti AI.
Buat masa ini, hanya sekitar 14 hari berlalu pada tahun 2026 ini, dan mungkin kita akan melihat bagaimana perubahan pada harga penawaran peranti dalam masa sekitar sebulan dua ini, bermula daripada penawaran peranti daripada pihak seperti Samsung dan Xiaomi dalam masa terdekat.





