Malaysia Oversight

Nothing Ingin Bangunkan Sistem Operasi Tersendiri

By Amanz in September 17, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Ingin Bangunkan Sistem Operasi Tersendiri


Nothing Ingin Bangunkan Sistem Operasi Tersendiri

September 17, 2025
Nothing

Aman

Nothing baru-baru ini telah meraih suntikan dana pelaburan baharu berjumlah $200 juta. Selari dengannya juga, pengasas Nothing, Carl Pei telah berkongsi sasaran akan datang, memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi.

Mengikut perkongsian Carl Pei, beliau menyasarkan masa depan sistem operasi yang berbeza dengan hari ini, yang disesuaikan dan dioptimasikan untuk setiap pengguna. Ini dilihat akan dijayakan melalui integrasi kecerdasan buatan, selain antaramuka yang mengadaptasi berasaskan kepada konteks dan keperluan.

DSC05722 1

Nothing mengatakan akan memulakan peralihan ini melalui telefon pintar, produk audio dan juga jam tangan pintar. Bergerak kehadapan, sistem operasi berkenaan juga dijangka akan diperluaskan ke kaca mata pintar, robot dan juga kenderaal elektrik – sekaligus memperlihatkan apakah antara sasaran akan datang pihak Nothing.

Buat masa ini, Nothing masih menggunakan sistem operasi Android pada telefon pintar mereka. Sama-sama kita nantikan peralihan dan kejutan yang disediakan oleh Nothing melalui sistem operasi mereka kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link