Malaysia Oversight

Nothing Ear (3) Dengan Butang Talk dan Bateri 38 jam – Harga RM 759

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Ear (3) Dengan Butang Talk dan Bateri 38 jam – Harga RM 759


Nothing Ear (3) Dengan Butang Talk dan Bateri 38 jam – Harga RM 759

September 18, 2025
Audio
Nothing

Effi Saharudin

Nothing Ear (3) dilancarkan sebentar tadi sebagai fon telinga nirwayar generasi keempat oleh mereka. Ia mengekalkan rekaan pod simpanan empat segi lutsinar dengan dua putik telinga juga dengan tubuh lutsinar. Pod pengecas kini turut mempunyai kemasan logam yang lebih ketara. Pemandu audio kini sebesar 12mm berbanding 11mm dengan kemasan logam serta putik telinga silikon.

nothing ear 3 A

Bateri lebih besar membolehkan Ear (3) digunakan sehingga 3.5 jam dengan ANC atau 5.5 jam tanpa ANC. Dengan bantuan pod pengecas, hayat penggunaan adalah sehingga 38 jam. Sistem ANC masih lagi menawarkan kemampuan meredam bunyi sehingga 45dB. Sistem sentuhan pada putik telinga membolehkan kawalan audio dilakukan seperti melangkau muzik dan mengubah kelantangan bunyi.

nothing ear 3 E

Butang Talk pada sisi pod simpanan membolehkan ia digunakan sebagai mikrofon dengan pembatalan hingar lebih baik. Aplikasi yang disokong pada ketika ini ialah Zoom, Microsoft Teams, Google Meet, dan WhatsApp.

nothing ear 3 C

Tambatan adalah menggunakan Bluetooth 5.4 dengan sokongan codec AAC, SBC, dan LDAC. Terdapat juga sokongan Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair untuk tambatan yang lebih pantas. Kedua-dua putik telinga dan pod pengecas melepasi piawaian IP54. Di Malaysia Nothing Ear (3) dijual pada harga RM 759 dalam warna hitam dan putih.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link