Malaysia Oversight

Nothing Akan Menyokong AirDrop Dalam Masa Terdekat

By Amanz in November 24, 2025 – Reading time 1 minute
Nothing Akan Menyokong AirDrop Dalam Masa Terdekat


Nothing Akan Menyokong AirDrop Dalam Masa Terdekat

November 24, 2025
Nothing

Effi Saharudin

Minggu lalu Google secara mengejut mengumumkan peranti Android dan boleh menghantar fail menggunakan protokol AirDrop serta QuickShare tanpa memerlukan pemasangan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp. Yang mengecewakan ialah ciri ini hanya disokong pada Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold sahaja pada ketika ini.

Apple AirDrop Android QuickShare B

Sejurus selepas pengumuman dilakukan Google, CEO Nothing Carl Pei mengatakan syarikat beliau sudah memulakan usaha menyokong ciri penghantaran fail rentas sistem operasi ini pada peranti keluaran mereka secepat mungkin.

Tahun ini Suruhanjaya Eropah sudah meminta membuka ekosistem AirDrop kepada peranti lain bagi memenuhi Akta Pasaran Digital (DMA). Apple menentang arahan ini kerana mengatakan ia boleh membawa risiko keselamatan kepada pengguna mereka. Google memberikan sokongan ini tanpa bantuan dan yang menjadi persoalan ialah sama ada kemas kini akan diberikan untuk menyekatnya di masa hadapan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link