Nilai Pasaran Kriptowang Kini Melangkaui $4 Trilion
July 21, 2025
•
Aman
Nilai pasaran kriptowang memperlihatkan peningkatan positif sejak kebelakangan ini, sekaligus membawa kepada nilai pasaran keseluruhan kriptowang telah pun melangkaui $4 trilion buat pertama kalinya.
Peningkatan nilai ini juga selari dengan perundangan baharu di Amerika Syarikat, yang membuka kepada pelbagai ruangan baharu dalam arena kriptowang.
Menerajui majoriti besar pasaran ini adalah Bitcoin dengan nilai pasaran sekitar $2.3 bilion. Pelbagai syarikat berkaitan kriptowang juga turut menerima kesan positif, memperlihatkan penilaian syarikat dan saham turut meningkat nilainya.
Pelbagai penganalisa menjangkakan nilai kriptowang mungkin terus meningkat lagi, dan ada yang menyasarkan nilai Bitcoin akan mencapai sekitar $150,000.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.