Malaysia Oversight

‘Nila lebih baik dari racun’

By MkiniBM in August 17, 2025 – Reading time 2 minute
'Nila lebih baik dari racun'


Ketua Pemuda , Dr Akmal Saleh menyatakan penghargaan kepada Timbalan Presiden , Mohamad Hasan, di tengah-tengah serangan berterusan Pemuda DAP terhadapnya.

Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal turut menyindir kritikan keras daripada Pemuda DAP berhubung isu Jalur Gemilang baru-baru ini.

“Kerana nila lebih baik daripada racun. Terima kasih tok mat,” katanya memuat naik tangkap layar laporan Malaysiakini bertajuk ‘Pemuda DAP gesa Mohamad tak pertahan nila setitik’.

Dalam hantaran terdahulu, Akmal turut menzahirkan penghargaan kepada Mohamad yang mengatakan tindakan tidak boleh dikenakan terhadapnya sahaja, selepas menganjurkan perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Untuk kami takut kepada mereka tidak sama sekali,” katanya sambil berkongsi laporan berita tersebut.

Semalam, Mohamad menggesa DAP mengawal sayap Pemudanya dan “kembali berfikir secara rasional,” sambil mengingatkan agar tidak mengambil tindakan terburu-buru yang boleh menyulitkan kerja perpaduan.

Kenyataannya itu dibuat selepas sayap Pemuda DAP di beberapa negeri menggesa parti itu memutuskan kerjasama politik dengan Akmal.

ec463258e336dcc20ed32dfdbf70d80d

Mohamad turut mempertahankan perhimpunan yang dianjurkan Akmal di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Dia menyifatkan perhimpunan itu sebagai “misi aman” dan mengatakan mujur tiada perkara buruk berlaku selepas Akmal “dipro­vokasi”.

Susulan itu Majlis Eksekutif Pemuda DAP mendesak Mohamad supaya memberikan nasihat yang sama terlebih dahulu kepada Akmal.

Menegaskan bahawa Akmal telah berulang kali mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan politik, Majlis Eksekutif Pemuda DAP menggesa Mohamad untuk mengakui perkara itu dan tidak terus mempertahankan “nila setitik”.

Pemuda DAP juga mengingatkan Mohamad tentang “perangai samseng” serta kesalahan lalu dilakukan ketua Pemudanya itu.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi , Puad Zarkashi, turut menzahirkan sokongan kepada Akmal dengan menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai seorang patriotik kerana memeprtahankan bendera negara.

3b163015cb77936b8a01da7d546e2072

Mohd Puad mempersoalkan mengapa mereka yang mempertahankan Jalur Gemilang pula dilabel sebagai “samseng politik”.

“Adakah tiodak boleh ditegur? Dr Akmal dan Pemuda Umno bukan mahu merusuh. Ttu hak meereka untuk berhimpun,” tegasnya.

Akmal sebelum itu mengetuai satu himpunan di luar sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas selepas pemiliknya disiasat kerana memasang Jalur Gemilang secara terbalik.



Source link