Sekiranya anda seorang yang kerap melancong, sama ada untuk urusan kerja atau sekadar bercuti santai, anda mungkin tidak sedar bahawa setiap tempahan yang dibuat tanpa sebarang diskaun sebenarnya adalah satu kerugian. Dalam situasi ekonomi semasa, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu datang bersama nilai yang setimpal.

Tanpa pelan penjimatan yang tepat, anda berisiko membayar lebih untuk perkara yang sepatutnya boleh dimiliki dengan harga lebih rendah. Atas sebab itulah kerjasama antara Grab dan Trip.com ini tidak patut dipandang ringan. Ia bukan sekadar promosi tetapi satu peluang untuk mengelakkan pembaziran terutamanya bagi pengguna GrabUnlimited yang kini boleh menikmati potongan harga eksklusif tanpa had dan tanpa syarat rumit.

Nikmati Langganan Eksklusif GrabUnlimited
Dalam dunia yang semakin berkembang ini, keselesaan dan penjimatan dalam merancang perjalanan bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan. Penjimatan ini bukan untuk semua orang tetapi hanya ditawarkan kepada pelanggan yang melanggan pelan GrabUnlimited. Dengan langganan ini, anda akan menerima diskaun sebanyak 8% untuk penerbangan dan 10% untuk penginapan hotel tanpa ada had dan jumlah minimum.

Kempen ini berlangsung selama 12 bulan yang bermula pertengahan Mac 2025, dan termasuk tempoh perjalanan dari Mac 2025 sehingga September 2026. Selain itu, promosi ini juga tersedia di kesemua enam pasaran utama Trip.com bagi menjadikannya ideal buat mereka yang sering melancong ke luar negara atau bercuti ke destinasi serantau.
Tiada Syarat Rumit Dikenakan
Kebanyakan promosi hari ini hadir dengan pelbagai syarat tersembunyi. Namun dengan GrabUnlimited, anda tidak perlu bimbang tentang syarat tersebut. Tidak perlu juga untuk berebut atau menunggu masa yang sesuai untuk membeli tiket. Anda hanya perlu log masuk, buat tempahan, dan nikmati diskaun secara automatik. Secara tidak langsung proses ini akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Perjalanan Lebih Terancang
Dengan kerjasama ini, segala perancangan perjalanan anda boleh dilakukan dalam satu platform sahaja, iaitu Trip.com. Tidak perlu lagi buka pelbagai laman web lain untuk bandingkan harga penerbangan dan hotel. Trip.com akan menyediakan segalanya dalam satu tempat dan tawaran diskaun GrabUnlimited menjadikannya lebih berbaloi. Ia bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga masa serta tenaga anda dalam merancang setiap percutian atau perjalanan kerja.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, kerjasama strategik diantara Grab dan Trip.com ini bukan sekadar promosi biasa. Malahan, ia merupakan peluang terbaik untuk para pengguna GrabUnlimited merancang perjalanan dengan lebih bijak, mudah serta menjimatkan. Dalam dunia di mana setiap sen memberi makna, penjimatan sehingga 10% tanpa syarat minimum atau had maksimum adalah sesuatu yang sukar didapati. Tambahan pula, dengan segalanya tersedia dalam satu platform, anda tidak lagi perlu membuang masa untuk membandingkan harga di pelbagai laman.

Sekiranya anda belum melanggan GrabUnlimited, inilah masanya kerana ahli baru akan dapat menikmati percubaan percuma GrabUnlimited selama 2 bulan. Untuk menggunakan kod promo ini, pengguna perlu menebusnya terlebih dahulu melalui halaman ganjaran masing-masing. Kemudian, anda perlu membuat tempahan menggunakan pautan rasmi disediakan, serta lakukan juga tempahan hotel dan penerbangan dengan menggunakan pautan khas untuk pengguna setia GrabUnlimited.
Penafian: Advertorial dari Grab
- Maklumat Lanjut: Tebus Kod Promo Anda