Malaysia Oversight

Nike Disaman Disebabkan Penutupan Projek NFT

By Amanz in April 28, 2025 – Reading time 1 minute
Nike Disaman Disebabkan Penutupan Projek NFT


Kewangan
/
Lain-lain

Nike Disaman Disebabkan Penutupan Projek NFT

April 28, 2025

Effi Saharudin

Tahun 2021 ialah tahun NFT dengan ribuan projek diumumkan dengan setiap satunya menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi seperti projek Bored Ape Yacht Club. Nike juga terjun ke arena NFT dengan menjual kasut maya menerusi platform RTFKT yang dimiliki mereka. Kini Nike berhadapan saman kumpul oleh sekumpulan pelabur yang menanggung kerugian selepas RTFKT  ditutup tahun lalu.

NIKE RTFKT

Menurut dokumen yang difailkan di mahkamah, sekumpulan pelabur mendakwa tindakan Nike menutup RTFKT  menyebabkan mereka mengalami kerugian. Nike koleksi NFT yang dimiliki jatuh mendadak selepas RTFKT ditutup. Nike juga dikatakan tidak memberikan amaran kepada pembeli bahawa NFT yang ditawarkan ialah sekuriti tidak berdaftar. Bayaran ganti rugi $5 juta diminta oleh plaintif kerana ini membuatkan Nike melanggar undang perlindungan konsumer di New York, California, Florida dan Oregon.

Selepas permintaan mula berkurangan pada tahun 2023, muncul laporan 95% NFT kini tidak lagi mempunyai sebarang nilai. Stor NFT terkemuka seperti OpenSEA mula membuang 50% pekerja sementara di Malaysia pula stor NFT di Pentas kini tidak lagi boleh diakses.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link