Malaysia Oversight

Ni Korea Utara ke? LFL kecam penahanan ahli Bersatu, TikToker

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Ni Korea Utara ke? LFL kecam penahanan ahli Bersatu, TikToker


NGO guaman Lawyers for Liberty mengecam berhubung penahanan ahli Bersatu Aidil Qayyum dan pempengaruh TikTok, Muhammad Kamil Puteh pada awal pagi tadi.

Pengarahnya, Zaid Malek berkata kedua-dua individu itu sekadar mengulas isu berkepentingan awam, yang tidak melibatkan sebarang kesalahan jenayah.

“Adakah kritikan terhadap dasar awam atau rasuah kini dianggap menyalahi undang-undang di bawah perpaduan? Ini Korea Utara kah?

“Penahanan mereka jelas satu penyalahgunaan kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

4e2fbc9f2284c51ee9b8d9a499a0d9b9

Terdahulu, MalaysiaNow melaporkan Aidil yang merupakan anggota bahagian media baru Pemuda Bersatu, ditahan di rumahnya pada jam 1 pagi dipercayai berhubung kenyataannya yang mengkritik skim subsidi baru RON95 .

Dia sedang disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan menimbulkan “ketakutan atau kegentaran kepada orang awam”.

Bagi Kamil, dia ditahan pada jam 3.30 pagi susulan komennya mengenai keputusan SPRM yang membersihkan Perdana Menteri Ibrahim daripada dakwaan memiliki akaun bank di Israel.

Hormati hak bawah perlembagaan

Dalam pada itu, Zaid menggesa kerajaan menghormati hak rakyat untuk bersuara mengenai isu awam, seperti yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya skim subsidi petrol adalah dasar awam, manakala rasuah merupakan isu kepentingan nasional.

“Dan ia bukan hak yang boleh dihadkan mengikut selera Madani,” katanya.

18e8dc8cdb9c6e4708cde35fc2cdd992

Peguam dan aktivis itu turut kesal dengan penggunaan Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA), sambil menambah bahawa keengganan kerajaan memansuhkan undang-undang drakonian ini menunjukkan semakin tidak bertoleransi terhadap kritikan.

“Kewujudan berterusan undang-undang drakonian ini dan penggunaannya secara aktif di bawah kerajaan perpaduan jelas satu tindakan mengugut orang ramai daripada membuat sebarang ulasan atau kritikan terhadap kerajaan atau dasarnya.

“Ia mencabul Perlembagaan dan berbau autoritarian,” katanya lagi.

Zaid menggesa pihak berkuasa menghentikan siasatan serta memastikan pengkritik kerajaan tidak ditahan hanya kerana melaksanakan hak mereka yang dijamin perlembagaan.

“Paling penting, kerajaan mesti menunaikan janji dan segera mengambil langkah memansuhkan Akta Hasutan dan Seksyen 233 CMA.”

[Baca berita asal]



Source link