Malaysia Oversight

NGO desak k’jaan perkasa hak wanita

By MkiniBM in September 27, 2025 – Reading time 2 minute
NGO desak k'jaan perkasa hak wanita


Kumpulan Belanjawan Gender (GBG) menggesa menjadikan Belanjawan 2026 sebagai titik perubahan bagi memperkasa hak wanita dengan mempercepatkan penggubalan rang undang-undang menentang diskriminasi terhadap wanita.

NGO gabungan pertubuhan masyarakat sivil, ahli akademik dan pakar itu turut menuntut agar belanjawan merangkumi kempen nasional untuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan pasangan intim, atau penderaan yang berlaku dalam hubungan romantik.

GBG menekankan kepentingan langkah belanjawan untuk mencegah kehamilan remaja, termasuk peruntukan sumber kepada NGO bagi membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan sokongan.

“Walaupun terdapat inisiatif , kemajuan dalam kesaksamaan gender masih belum seiring dengan realiti dan keperluan wanita hari ini, sekali gus menekankan peluang mendesak untuk pecutan berani dan progresif.

93977b7978c77f3290d1c20afe5fee37

“Analisis GBG mengenal pasti jurang berterusan dalam perwakilan politik wanita, penyertaan ekonomi, dan perlindungan daripada keganasan, di samping halangan sistemik yang dihadapi oleh kumpulan terpinggir termasuk orang kurang upaya,” kata ketua GBG, Omna Sreeni-Ong pada satu kenyataan hari ini.

Pada Ogos lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan Belanjawan 2026 akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Okt.

Mengulas lanjut, GBG menyeru meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita.

“Langkah ini termasuk memperluaskan program ‘returnship’, mewajibkan laporan jurang gaji gender, memberi insentif kepada pengaturan kerja fleksibel, serta melabur besar dalam ekonomi penjagaan dengan penyediaan perkhidmatan kanak-kanak, keperluan khas dan warga emas yang mampu milik, berkualiti dan mudah diakses, berasaskan komuniti,” katanya.

bc2b292cd8664ce61a04e79320930fd2

Ia turut mencadangkan sokongan sistemik yang lebih baik untuk wanita yang melalui fasa menopaus.

Merujuk kajian pada 2025, GBG berkata terdapat penurunan ketara dalam kadar penyertaan tenaga kerja dalam kalangan wanita yang mengalami menopaus, dengan menopaus dikenal pasti sebagai faktor utama.

GBG menggesa menjalankan kajian nasional untuk mengenal pasti jenis sokongan yang diperlukan oleh wanita menopaus.

Ia juga mengesyorkan pelancaran kempen kesedaran awam bagi menghapuskan stigma menopaus dan memperkasakan wanita untuk mendapatkan bantuan.

560d20168d7822a336503a56430326ad

Tempat kerja juga boleh diberi insentif untuk menyediakan sokongan, tambahnya.

GBG turut menggesa kerajaan meningkatkan perwakilan orang kurang upaya dalam tenaga kerja.

“Bagi orang kurang upaya, kadar perwakilan masih jauh di bawah satu peratus tenaga kerja.

“Kuota satu peratus yang dijanjikan untuk perkhidmatan awam sejak 1988 tidak pernah dicapai, dengan tahap sebenar lebih hampir kepada 0.3 hingga 0.4 peratus.

a805cfe09de441467b93a5b3d6763f40

“Belanjawan 2026 mesti memecahkan siling ini dengan memperuntukkan secara khusus dan memperluas insentif sedia ada,” katanya.

Selain itu, ia menekankan keperluan perlindungan sosial lebih menyeluruh untuk warga emas.

Ia mencadangkan penstrukturan semula Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada “skim dua komponen” bagi menjamin keselamatan persaraan yang lebih baik.

[Baca berita asal]



Source link