Malaysia Oversight

Nga tangkis dakwaan ‘anti-Melayu’ dengan hulur sumbangan

By MkiniBM in April 28, 2025 – Reading time 2 minute
Nga tangkis dakwaan 'anti-Melayu' dengan hulur sumbangan


Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming, yang sering menjadi sasaran pengkritik yang menuduh partinya sebagai anti-Melayu dan anti-, menyangkal dakwaan itu dengan memaparkan pemberian sumbangan kepada penduduk di kawasan parlimennya.

Kali ini, dia merujuk kepada sumbangan besar yang dibuat kepada pelajar-pelajar Melayu dan sebuah masjid di Teluk Intan, Perak.

86821d4c6a867084dfb1d1c146e299ce

“Saban hari DAP difitnah anti-, namun parti keramat ini sentiasa menghormati semua agama dan sudah tentunya termasuk agama .

“Hari ini saya menyerahkan RM72,000 sumbangan kepada masjid dalam kawasan parlimen Teluk Intan dan amalan murni ini sudah jadi tradisi kami,” katanya di X.

Dalam hantaran berasingan berhubung sumbangan kepada pelajar, Menteri Perumahan dan Tempatan itu sekali lagi menyangkal tuduhan tidak berasas terhadap partinya, dengan melabelnya sebagai “fitnah yang menjijikkan”.

“Hari ini saya memberi sumbangan RM150,000 kepada pelajar-pelajar Melayu di kawasan parlimen Teluk Intan.

“Amalan murni ini sudah menjadi tradisi DAP.

“Malaysia Madani, milik kita semua,” katanya.

Agenda negara sekular DAP dan slogan “Malaysian Malaysia” sering digunakan untuk mencetuskan rasa ketakutan di kalangan pengundi Melayu-Islam – taktik yang sebelum ini juga digunakan oleh sendiri.

Bagaimanapun, sejak membentuk pakatan selepas pilihan raya umum lalu, didakwa semakin luncak membela bekas seteru politiknya dengan menjelaskan bahawa DAP bukan lagi ancaman.

f4fd10ba7a6024199760a860e7dca8f8

Minggu lalu, Setiausah Agung, Asyraf Wajdi Dusuki berkata DAP tidak akan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan yang boleh memansuhkan kepentingan hak Melayu dan bumiputera di negara ini sekalipun jika mereka mempunyai 148 kerusi di Parlimen.

Katanya, sebarang pindaan perlembagaan membabitkan kedudukan Islam dan Melayu, bumiputera – iaitu Perkara 3 dan 153 – perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Pemimpin DAP juga berulang kali telah berikrar untuk menghormati Perlembagaan Persekutuan berhubung taraf agama Islam dan orang Melayu.





Source link