Malaysia Oversight

Nga macam nak samakan MP dengan budak sekolah

By MkiniBM in May 3, 2025 – Reading time 3 minute
Nga macam nak samakan MP dengan budak sekolah


menyifatkan pelawaan Menteri Perumahan dan Tempatan, Nga Kor Ming, kepada ahli parlimen pembangkang melawat flat usang di sekitar ibu negara sebagai hanya langkah untuk menguntungkan .

Ketua Pemuda , Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata usaha itu sedikit pun tidak menjawab mengapa “rakyat” atau “penduduk” membantah rang undang-undang Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dicadangkan .

Malah, dakwa Afnan Hamimi, lawatan ke flat usang terbabit tidak mampu menjawab nilai ambang peratusan persetujuan pemilik hartanah.

“Kami buat pendirian untuk tidak bersama dalam lawatan itu kerana pada pandangan kami, lawatan itu sekadar kosmetik.

“(Kalau) Nak cerita bangunan usang, yang buruk dan teruk, sebelum ini banyak saja bangunan yang usang dan kerajaan boleh saja baiki bangunan itu dan tidak ada masalah pun diperingkat negeri atau persekutuan.

“Perkara-perkara itu telah pun dan sedang diatasi.

“Tetapi yang kami nak pertikaikan ialah kenapa kita nak turunkan nilai ambang persetujuan itu daripada 100 peratus kepada 70 peratus.

“Adakah dengan membawa kami melawat flat-flat usang itu boleh menjawab kenapa nak turunkan nilai ambang persetujuan itu?” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat di Kuala Lumpur hari ini.

Dia yang juga Ahli Parlimen Alor Setar tidak akan menyelesaikan masalah, malah sama seperti lawatan pelajar ke destinasi tertentu.

“Tak akan dia nak samakan ahli parlimen dengan pelajar sekolah? Kenapa tak bawa melawat kampung-kampung yang lebih memerlukan pembangunan?

“Kenapa hanya pilih satu dua tempat saja?” katanya lagi.

Cuma ‘tiru’ apa buat

Afnan Hamimi berkata demikian mengulas langkah Nga yang menyelar tindakan ahli parlimen pembangkang yang tidak menghadiri lawatan kajian khas anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini.

Program itu dikatakan dirangka bagi meningkatkan kesedaran ahli parlimen terhadap kepentingan Rang Undang-undang (RUU) Akta PSB baru-baru ini.

Nga dilaporkan berkata, ketidakhadiran wakil pembangkang terutama daripada PN amat mengecewakan, memandangkan jemputan rasmi telah dikeluarkan dan mereka sebelum ini bersetuju untuk hadir.

Lawatan yang disertai lapan ahli Dewan Rakyat dan sembilan ahli Dewan Negara itu melibatkan tinjauan kedua flat uzur serta dua projek pembaharuan semula di ibu kota yang berjaya membangunkan kawasan perumahan usang menjadi kediaman moden dan berdaya huni.

Sementara itu mengulas lanjut amaran Ibrahim agar tidak mencabar RUU Akta PSB, Afnan Hamimi secara sinis berkata, Pemuda PAS hanya bertindak berdasarkan apa yang dinasihatkan perdana menteri sewaktu dia menjadi ketua pembangkang.

7823409a4eaa828e99f965e55b9f5ba4

Kata Afnan Hamimi, semasa belum menjadi kerajaan menganggap pihak pembangkang sendiri. Dulu dia pun bagi contoh teladan yang sama semasa jadi pembangkang.

“Jadi, kami sedang tiru apa yang dia buatlah. Terima kasihlah kepada perdana menteri,” katanya menyindir.

Anwar pada 25 Feb lalu mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan kebebasan bersuara untuk menipu dan menabur fitnah berhubung cadangan pelaksanaan RUU Akta PSB.

Kata perdana menteri, cadangan itu bertujuan untuk pembangunan dan memulihkan bandar yang majoritinya didiami oleh penduduk Melayu miskin.

Untuk menegaskan bantahan terhadap Akta PSB, Afnan Hamimi berkata, Pemuda PAS akan mengadakan himpunan aman besar-besaran pada 14 Jun ini di ibu negara.

d9856c7df7b7e82a5dba38d42fc33421

Katanya, Pemuda PAS akan berdiri di barisan hadapan untuk membela nasib rakyat yang didakwanya semakin ditekan oleh dasar-dasar yang meminggirkan.

Pun begitu secara sinikal dia berkata, bantahan tersebut tidak akan dilakukan seperti yang digerakkan oleh penyokong Anwar suatu ketika dulu.

“Kita bukan nak bantah, guling-guling atas jalan raya macam ada orang ajar kita buat dulu, (atau) nak lawan FRU… kita bukan nak buat macam itu.

“Kita nak berdiskusi secara sihat dalam negara demokrasi dan kemukakan cadangan alternatif,” katanya.

Justeru, kata Afnan Hamimi, Pemuda PAS mengajak semua pihak termasuk NGO untuk bersama-sama menolak RUU tersebut yang didakwanya demi menjamin keadilan perbandaran dan melindungi masa depan komuniti asal di kota-kota besar dalam negara.



Source link