Nepal Menghalang Akses Ke Facebook, YouTube, X Dan Lain-Lain Selepas Gagal Daftar Dengan Kerajaan
Aman
Kerajaan Nepal kini telah menghalang akses kepada sejumlah perkhidmatan media sosial, termasuk Facebook, X, YouTube dan lain-lain, selepas pelbagai perkhidmatan berkenaan gagal dalam mendaftar selari tetapan polisi kerajaan berkenaan.
Sebelum ini, kerajaan Nepal telah meminta perkhidmatan media sosial untu mendaftar dengan memberikan pekerja tempatan yang boleh dihubungi, termasuk melantik seorang yang akan bertanggungjawab dalam memantau perkhidmatan berkenaan secara kendiri. Kegagalan berkenaan membawa kepada penutupan atau penghalangan akses ke perkhidmatan berkenaan. Setakat ini, hanya beberapa yang mendaftar, termasuk TikTok dan Viber.
Di Malaysia sendiri, perkhidmatan media sosial diminta telah mendaftar lesen untuk operasi di Malaysia, dan setakat ini, ia telah dinyatakan yang mana WeChat, Telegram dan TikTok telah mendaftar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.