Nepal Melantik Pemangku Perdana Menteri Menggunakan Discord
Effi Saharudin
Minggu lalu Nepal bergolak selepas rusuhan dilakukan rakyat bagi menentang korupsi di dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli. Kerajaan Nepal cuba menghalang penentangan rakyat dengan mengharamkan platform media sosial dan ia hanya mengakibatkan rusuhan yang dilabel sebagai Revolusi Gen-Z semakin menjadi-jadi dan kerajaan KP Sharma Oli telah digulingkan.
Dengan wujudnya kekosongan pucuk pimpinan negara, Sushila Karki telahpun dilantik menjadi pemangku Perdana Menteri Nepal dengan undian dilakukan menggunakan Discord. Karki (73 tahun) adalah bekas ketua hakim Nepal dengan beliau turut menjadi wanita pertama menjadi PM negara tersebut dan ketua negara pertama dilantik menggunakan Discord.

Parlimen Nepal telahpun dibubarkan dengan pilihanraya umum akan diadakan pada 5 Mac 2026 bagi melantik PM kekal. Karki menjadi pilihan kerana semasa memegang jawatan ketua hakim negara beliau terlibat dengan beberapa kes anti korupsi dan juga menggulingkan pemerintahan monarki pada tahun 1990 di bawah pergerakan Revolusi Rakyat.
Pemilihan Sushila Karki sebagai pemamgku PM Nepal adalah kali kedua teknologi moden mengubah landskap politik dunia. Awal minggu ini Albania melantik chatbot AI menjadi menteri bagi menentang korupsi kerana ia menganugerahkan kontrak kerajaan secara adil tanpa risau disogok atau diancam manusia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.