Malaysia Oversight

Negeri Sembilan enggan angkat ‘bendera putih’

By Utusan in October 19, 2025 – Reading time 2 minute
Negeri Sembilan enggan angkat 'bendera putih'


SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak akan menyerah dengan mudah kepada FC dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA pada 29 Oktober ini.

Ketua Jurulatih NSFC, Mohd. Nidzam Jamil berkata, biarpun atas kertas sukar untuk memadam defisit empat gol , pasukannya tetap akan memberi tumpuan penuh.

“Kami tidak akan menyerah dengan mudah dan akan cuba sebaik mungkin. Pasukan ini mempunyai potensi serta bakat dan saya harap mereka diberi masa untuk berkembang,” ujarnya.

Dalam suku akhir pertama, semalam, skuad kendalian Mohd. Nidzam tumpas 0-4 menerusi jaringan Faisal Halim pada minit ke-33 dan 63, Chrigor Moraes (m-47) dan Zach Clough (m-55).

mengulas mengenai keputusan itu, Mohd. Nidzam menyifatkan ketinggalan empat jaringan kepada FC  adalah keputusan yang tidak bagus.

Katanya, jumlah jaringan itu tidak bagus sama ada bermain di gelanggang sendiri atau semasa berkunjung ke laman lawan bagi kejohanan seperti Piala FA.

Dalam arena bola sepak, katanya, ada ketika pasukan mempamerkan permainan yang baik dan sebaliknya.

“Kami dihukum dari arah kanan dan kiri oleh pasukan lawan yang menyerang dari kedua-dua arah tersebut,” katanya.

Mohd. Nidzam memberitahu, dalam perlawanan itu NSFC tidak hanya duduk diam sebaliknya mencipta beberapa peluang ke arah gol tetapi tidak berjaya.

Jelasnya, walaupun tanpa beberapa pemain seperti Muhammad Harith Samsuri, Nsue Etugu Luis Enrique dan Wai Lin Aung, pasukan itu tetap membariskan lima penyerang untuk berdepan dengan pasukan lawan.-UTUSAN





Source link