Narwal, jenama perkakasan rumah pintar kini melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan tiga peranti terkini iaitu Narwal Freo Flow, Narwal Freo X10 Pro dan Narwal S30 Wet Dry Vacuum. Setiap model direka dengan ciri tersendiri untuk memenuhi keperluan pembersihan berbeza di rumah bagi menjadikan rutin harian lebih efisien.

Narwal Freo Flow ialah robot vakum nipis dengan dermaga pintar yang direka untuk mudah digunakan dalam pelbagai ruang rumah. Ia menawarkan kuasa sedutan sehingga 22,000 Pa dan boleh beroperasi dengan senyap bawah 60 dB di mana sesuai untuk membersihkan habuk, bulu haiwan peliharaan dna lain-lain tanpa mengganggu suasana rumah.

Dermaganya menyokong cucian mop menggunakan air panas antara 45°C hingga 80°C yang lengkap dengan sokongan pembersihan menyeluruh dan pengeringan udara suam bagi mencegah bau serta kulat. Sistem ini juga boleh mengisi dan mengalirkan air secara automatik serta menyimpan habuk sehingga 120 hari untuk mengurangkan penyelenggaraan.

Freo Flow mempunyai bateri 6,400 mAh yang membolehkan beroperasi dengan lebih lama. Sistem mop turut boleh dibersihkan sendiri secara automatik dengan 110 bilasan seminit, manakala tangki berkembar memastikan air bersih dan kotor sentiasa diasingkan untuk cucian yang konsisten.
Sokongan teknologi pintar khusus disediakan turut boleh melaras sedutan, ketinggian dan tekanan mop secara automatik mengikut jenis permukaan dan tahap kototran untuk pembersihan lebih cakap.

Narwal Freo X10 Pro juga merupakan robot vakum dengan dermaga pintar terbina. Ia menawarkan kuasa sedutan sehingga 11,000 Pa dan beroperasi di bawah 57 dB. Robot ini dilengkapi berus Zero-Tangling dan Anti-Tangle Side Brush untuk mengurangkan penyelenggaraan.

Teknologi EdgeReach Mop Extension dan EdgeSwing disokong boleh memastikan sudut sempit serta tepi dinding dapat dibersihkan dengan teliti. Dermaga kendiri pula menyokong pengosongan automatik, pengeringan bekas habuk dan mop pada suhu 40–45°C bagi mencegah bau serta pembiakan bakteria.

Dikuasai oleh bateri 5,200 mAh, Freo X10 Pro mampu beroperasi sehingga 219 minit dengan fungsi vakum dan mop serentak. Tangki berkembar berkapasiti 5L disediakan boleh memuatkan air bersih dan 4.75L untuk air kotor bagi memastikan cucian lebih bersih. Ia juga tahan lasak dengan persijilan IPX2 serta disertakan jaminan selama 1 tahun.

Narwal S30 Wet Dry Vacuum ialah vakum tangan yang mampu mengosongkan dan mengemop secara serentak. Ia dilengkapi kuasa sedutan sehingga 20,000 Pa untuk membersih kekotoran basah dan kering dengan berkesan. Fungsi pembersihan kendiri memastikan berus sentiasa bersih antara penggunaan manakala paparan terang memudahkan pemantauan status secara masa nyata.

Sistem Cut & Comb De-Tangle disediakan boleh bantu mengelakkan rambut daripada berbelit manakala Triple Edge Precision akan memastikan pembersihan lebih dekat ke tepi dinding. Sistem kitaran air yang cekap mengekalkan pengasingan antara air bersih dan kotor untuk hasil cucian yang bersih. S30 Wet Dry Vacuum turut menyokong mod pembersihan mengikut jenis lantai.

Bagi yang berminat, Narwal Freo Flow ditawarkan pada harga RM5,499, Narwal Freo X10 Pro berharga RM2,699 manakala Narwal S30 boleh dimiliki dengan harga RM1,699.






