Malaysia Oversight

Nak gantung enam bulan gantunglah, kata Takiyuddin

By MkiniBM in August 26, 2025 – Reading time 3 minute
Nak gantung enam bulan gantunglah, kata Takiyuddin


PARLIMEN l Semua wakil rakyat pembangkang akan menentang Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) habis-habisan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok, kata Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan.

Mendesak supaya ia ditarik balik tegasnya, semua 68 Ahli Parlimen PN sedia berdepan hukuman digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan sebagai balasan untuk menunjukkan keseriusan mereka menentang RUU tersebut.

57a41694178572a31269c4a878d64659

“Kami ahli parlimen pembangkang akan terus menuntut supaya RUU URA ditarik balik dan tidak akan dibahaskan esok, tidak diluluskan esok, kalau mereka tidak tarik balik RUU itu kita akan tahu apa akan berlaku, kita tak kisah nak gantung enam bulan gantunglah.

“Kita tetap akan menentang RUU ini habis-habisan esok, jadi sokongan rakyat adalah kekuatan kami, semangat juang kami untuk kami bawa masuk ke Parlimen,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 100 penyokong yang hadir menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat di hadapan pintu masuk Bangunan Parlimen, hari ini.

Takiyuddin (PN-Kota Bharu) berkata walaupun tentangan pembangkang tidak mencukupi dia yakin perkara sama akan dibuat oleh blok .

“Esok kami akan berjuang mempertahankan hak rakyat, mungkin kami tak boleh berjaya. Yang boleh menjayakan perjuangan kita adalah rakyat.

1c82eba8c52b83a0e652e93dd87aa9ca

“Kalau hari ini sehari sebelum URA dibahaskan rakyat boleh berada di sini, boleh beri jaminan esok akan datang lebih ramai lagi beri sokongan tanpa mengira kaum, bangsa, ideologi politik semua ke Parlimen untuk menenganh akta zalim ini,” katanya.

RUU URA dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Tempatan, Nga Kor Ming, pada 21 Ogos lalu.

Bacaan kedua dan ketiga dijadualkan esok dan Nga sebelum ini berkata ia menandakan hala tuju baru dalam memastikan pembangunan bandar di Malaysia kekal mampan, maju, makmur dan inklusif.

Menurutnya, seramai 101 sesi penglibatan telah diadakan bersama pelbagai pihak berkepentingan, termasuk dua sesi bersama jawatankuasa pilihan parlimen dalam penyediaan RUU tersebut.

228d5b1a97efba0e7b28c145bc79e7a6
Nga Kor Ming

Nga (PH-Teluk Intan) berkata libat urus itu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemaju hartanah, persatuan pembeli rumah, aktivis masyarakat, ahli akademik, ahli Parlimen dan parti politik.

Sementara itu pada sidang media di Parlimen, hari ini, Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata RUU tersebut mendapat bantahan seluruh negara berbanding pelbagai RUU lain yang telah dibentang.

“Daripada mula hasrat itu disebut kita dapati rakyat mula menyatakan bantahan. Bukan sahaja rakyat biasa, tetapi pihak yang berkaitan termasuk pemaju perumahan,” katanya.

Timbalan presiden itu turut mendakwa tidak telus dan berbohong dalam kerangka RUU ini.

“(Kerajaan) mengatakan telah melakukan libat-urus dengan semua pihak, tetapi bila dibentang sahaja pelbagai pihak bantah.

7699439deb84374d2eee1f14ea9b48c0
Tuan Ibrahim Tuan Man

“Jadi betul ke dia libat-urus dengan semua pihak? Tidak mustahil ini kalau dia cuba teruskan juga RUU ini, rakyat akan berkumpul bantah besar-besaran dan tidak mustahil akan jadi titik-tolak kepada tumbangnya kerajaan Madani,” ujarnya.

Takiyuddin turut menegaskan jika bacaan kedua diteruskan dan dibahas pihaknya akan meminta undian belah-bahagian.

“Saya ingin memberitahu lebih awal, besok kalau RUU ini dibaca kali kedua, dibahas, dan juga digulung oleh menteri, untuk undi kami akan minta belah-bahagian.

“Belah-bahagian kami nak tahu mana ahli parlimen yang sokong, mana yang tolak. Biar rakyat tahu benda ini. Kami beri notis awal, akan minta belah-bahagian,” katanya.


Laporan oleh N Faizal Ghazali, Hariz Mohd, Alyaa Alhadjri



Source link