Malaysia Oversight

Najib kembali ke penjara untuk solat Jumaat, mahkamah ditunda ke 3 petang

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Najib kembali ke penjara untuk solat Jumaat, mahkamah ditunda ke 3 petang


Bekas perdana menteri akan dibawa pulang ke penjara Kajang untuk menunaikan solat Jumaat sebelum kembali ke Istana Keadilan, di mana Mahkamah Tinggi akan bersambung semula pada jam tiga petang bagi menyampaikan keputusan berhubung 25 pertuduhan berkaitan 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mempengerusikan perbicaraan mengarahkan prosiding berehat pada jam 12.30 tengah hari. 

Dia turut meminta Jabatan Penjara memastikan kepulangan Najib menjelang jam tiga petang.

Ketika menangguhkan sesi tersebut, Collin berkata dia memerlukan kira-kira 90 minit lagi untuk selesai membaca keputusannya.

[Berita penuh menyusul]



Source link