Bekas perdana menteri, Najib Razak memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas peguam negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Ia berikutan kegagalan Terrirudin pada 2024 mendedahkan kewujudan titah adendum agar Najib menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah.
Dalam satu kenyataan, peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah memfailkan permohonan tersebut pada Rabu lalu selepas menerima arahan daripada bekas perdana menteri itu.
[Berita penuh menyusul]