Malaysia Oversight

Najib didapati bersalah pertuduhan pecah amanah jenayah

By MkiniBM in December 26, 2025 – Reading time 1 minute
Najib didapati bersalah pertuduhan pecah amanah jenayah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati bekas perdana menteri bersalah atas pertuduhan pertama pecah amanah jenayah yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang diselewengkan.

Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, ketika mengumumkan keputusan, berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.

“Pihak pendakwaan telah membuktikan melampaui keraguan munasabah kes terhadap tertuduh berhubung pertuduhan pertama.

“Oleh itu, saya mensabitkan tertuduh atas pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” katanya.

Seksyen 23 Akta SPRM berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk memperoleh suapan (salah guna kuasa).

[Berita penuh menyusul]



Source link