Malaysia Oversight

NACSA muktamadkan strategi keselamatan siber Malaysia 2025-2030

By TheSun in July 31, 2025 – Reading time 1 minute
NACSA muktamadkan strategi keselamatan siber Malaysia 2025-2030


KUALA LUMPUR: Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang memuktamadkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2025–2030 sebagai kesinambungan kepada MCSS 2020–2024, menurut Kementerian Digital.

Strategi ini melibatkan tiga pihak berkepentingan utama iaitu , sektor perniagaan, dan komuniti. “Ia turut mengambil kira aspek teknologi memuncul seperti kecerdasan buatan (AI) serta semua bentuk ancaman keselamatan siber yang berkaitan, bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap ekosistem digital negara,“ kata kementerian itu.

Maklumat ini diberikan sebagai jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (-Sembrong) mengenai ketelusan latihan data model AI DeepSeek dan penggunaan cip Huawei dari segi keselamatan dan kedaulatan digital negara.

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Digital turut menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan AI untuk meneliti aspek teknikal dan memastikan pematuhan standard keselamatan serta etika. “Jawatankuasa ini akan dianggotai pakar pelbagai bidang dari sektor awam dan swasta bagi memperkukuh tadbir urus serta memastikan pembangunan dan penggunaan AI di Malaysia kekal selamat,“ jelas kementerian.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Digital turut memaklumkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) telah mencapai 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dengan 7,489 tapak 5G setakat 30 Jun 2025. Kadar penembusan 5G negara pula mencecah 80.4 peratus dengan kira-kira 27.4 juta pelanggan aktif sehingga Mei 2025. – Bernama



Source link