MySejahtera Menambah Ciri Tempahan Janji Temu Klinik Kesihatan Secara Terbina
Aman
MySejahtera kini mengemaskini aplikasi, dan menambah sebuah ciri baharu, iaitu kebolehan melakukan tempahan janji temu klinik kesihatan dengan mudah terus melalui aplikasi berkenaan.
Menggunakannya, pengguna boleh memilih klinik kesihatan berdekatan, dan seterusnya memilih tujuan rawatan, tarikh dan waktu yang diinginkan. Seterusnya, pengguna boleh melakukan tempahan dan hadir ke klinik kesihatan berkenaan dalam mendapatkan rawatan.

Daripada percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar dan baik, serta tidak perlu meninggalkan aplikasi MySejahtera ke perkhidmatan pihak ketiga seperti ketika era Covid-19 sebelum ini.
Bagi anda yang menggunakan MySejahtera, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baharu yang ditawarkan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






