Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman mengalami kecederaan mengalami kecederaan ketika operasi pengosongan kediaman terhadap penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur yang enggan berpindah.
Kejadian dikatakan berlaku ketika kekecohan tercetus apabila beberapa penduduk cuba merempuh masuk ke kawasan operasi.
Gambar Suzilme dengan darah mengalir di muka beredar di kalangan pengamal media.
Operasi berkenaan yang turut melibatkan pemotongan bekalan elektrik, bermula awal pagi ini diketuai oleh bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.
[Laporan penuh menyusul]