Malaysia Oversight

Muhyiddin umum 12 parti pembangkang bentuk gabungan longgar

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 1 minute
Muhyiddin umum 12 parti pembangkang bentuk gabungan longgar


Dua belas parti pembangkang hari ini bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan Madani, termasuk janji reformasi.

Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, , Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Sebuah lagi organisasi yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi – Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

Presiden Bersatu, Yassin, bagaimanapun berkata nama bagi gabungan longgar itu hanya akan diumumkan pada mesyuarat mereka yang akan datang.

Katanya, mereka akan memberi tumpuan terhadap isu-isu semasa yang utama dihadapi rakyat.

“Kami sepakat di sini – tak ada satu pimpinan parti yang tak setuju – ini satu perkara perlu diberi perhatian dan keutaman termasuk soal Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) sedang dibentang dan dibahas (yang) dilihat tak dapat selesai banyak isu utama oleh ,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin parti-parti tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.

yang juga Pengerusi PN menambah, langkah membentuk gabungan longgar itu adalah tindakan pertama diambil sebelum diikuti dengan keputusan lain kemudian.

Antara lain, katanya, mereka akan berbincang dengan kumpulan masyarakat seperti peniaga, penguasaha, dan kumpulan tertentu bagi mendekati masalah yang mereka hadapi serta mencadangkan pendekatan tertentu untuk diambil .

[Laporan penuh menyusul]



Source link