Malaysia Oversight

‘Muhyiddin kini berdepan karma politik Langkah Sheraton’

By MkiniBM in September 9, 2025 – Reading time 2 minute
‘Muhyiddin kini berdepan karma politik Langkah Sheraton’


Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merangkap naib pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Baghharib Ali menyifatkan kemelut dalaman Bersatu yang menyaksikan desakan agar Yassin meletakkan jawatan sebagai presiden parti tidak mengejutkan.

Menurutnya, isu surat layang, dakwaan kutipan tandatangan dan sokongan 120 ketua bahagian Bersatu yang mahu berundur adalah sebahagian daripada realiti politik yang pernah dicetuskan sendiri oleh bekas perdana menteri itu ketika menggerakkan Langkah Sheraton pada 2020.

6cbaca03f126ec7e9630fd19f24cef17
Sheikh Umar Baghharib Ali

“Tidak ada yang pelik apabila wujud surat layang sewaktu perhimpunan agung tahunan Bersatu yang mahu agar meletakkan jawatan.

“Tidak ada yang pelik apabila Muhyiddin mendakwa ada gerakan mengutip tandatangan untuk mendesak beliau turun dari mengemudi Bersatu.

“Tiada yang pelik apabila seolah-olah ada komplot digerakkan bagi menjatuhkan Muhyiddin dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sheikh Umar berkata, Muhyiddin wajar bermuhasabah dengan mengimbas kembali peristiwa politik 2020 apabila yang dipilih rakyat pada PRU14 tumbang melalui langkah yang turut melibatkan dirinya.

“Muhyiddin hanya perlu duduk sejenak, mengimbau dan muhasabah diri; bagaimana Langkah Sheraton yang beliau turut sama gerakkan sehingga berlaku rampasan kuasa pada Mac 2020. Sedangkan beliau sendiri sebahagian dari yang dibentuk pada 2018 itu.

“Ibarat waktu itu, beliau ‘menikam’ rakan sendiri yang sama-sama berjuang pada PRU 2018.

“Jika beliau sanggup lakukan itu, mana mungkin beliau berasa selamat dari ‘pisau’ tersembunyi belakang tangan rakan-rakan Bersatu pula?” katanya.

Dia turut mengingatkan bahawa rakan-rakan Muhyiddin sendiri dalam Bersatu mempunyai rekod meninggalkan parti dan mengkhianati mandat rakyat, maka tidak mustahil presiden mereka juga kini menjadi sasaran.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Pada 2020, Azmin Ali yang ketika itu adalah timbalan presiden memimpin sekumpulan ahli parlimen untuk berpaling tadah, sekali gus membuka jalan kepada kejatuhan PH.

Muhyiddin sebagai pengasas bersama Bersatu turut bersama menumbangkan kerajaan yang ketika itu diterajui oleh Dr Mahathir Mohamad manakala Hamzah Zainudin dari mengetuai lompat parti.

Ketiga-tiga mereka kini bersama Bersatu, Muhyiddin sebagai presiden, Hamzah timbalannya dan Azmin selaku setiausaha agung.

Mengulas lanjut, Sheikh Umar menegaskan bahawa setiap tindakan akan menerima balasan, sama ada cepat atau lambat.

“Jika bukan hari ini, mungkin esok mungkin lusa. Jika bukan sekarang, lambat laun akan sampai masanya. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

cca2ef8ade3c53e601d7bdf43bd0e5ae

“Setengah orang menyebut ini sebagai karma,” katanya.

Perhimpunan agung Bersatu pada Sabtu lalu kecoh apabila Muhyiddin mendakwa ada komplot mengumpul tandatangan termasuk SD bagi menjatuhkannya sebagai presiden.

Keadaan menjadi tegang apabila ada perwakilan melaungkan “turun Tan Sri” sebagai reaksi terhadap ucapan Muhyiddin.

Laungan itu kemudian disambut kumpulan lain yang mempertahankannya dengan jeritan “hidup Tan Sri”. Pertembungan dua kumpulan perwakilan itu memaksa pasukan keselamatan yang bertugas meleraikan keadaan.



Source link