Malaysia Oversight

Muhyiddin kecewa himpunan Bersatu kecoh

By MkiniBM in September 7, 2025 – Reading time 2 minute
Muhyiddin kecewa himpunan Bersatu kecoh


Presiden Bersatu, Yassin meluahkan rasa kekecewaannya berhubung insiden kekecohan yang berlaku ketika dia menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu malam tadi.

Jelasnya, insiden yang berlaku itu juga menyebabkan dia tidak dapat menyampaikan ucapan dasar dengan baik khususnya terhadap apa yang ingin disampaikan kepada perwakilan.

juga menegaskan insiden yang berlaku malam tadi adalah sesuatu yang menjejaskan nama baik parti.

“Bila perkata itu tercetus, berlaku, saya tak dapat nyatakan secara terus terang bila media tanya, saya tak tahu.

“Tapi tak apa saudara, meskipun saya kecewa…dalam teks saya kepada (kumpulan) MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi), saya text (tulis) ‘amat memalukan’.

“Saya nyatakan itu bukan kerana menyentuh kedudukan saya sebagai presiden…tetapi bagaimanapun cara kita sebagai ahli nak menjaga nama baik parti

“Sebagai abah (panggilan dalam parti) saya betul kecewa,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan PAT yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.

4260396eafbfa4910761fa8452b2ecc0

Malam tadi, kekecohan tercetus apabila ketika menyampaikan ucapannya mendakwa wujud komplot untuk mengumpul tandatangan bagi menyingkirkannya.

Ucapan Muhyiddin itu disambut dengan jeritan “tidak benar ” dan “Turun Tan Sri!”, sebelum dibalas dengan laungan “Hidup Tan Sri!” dari kumpulan lain.

Mengulas lanjut, Muhyiddin pengasas Bersatu itu memberi bayangan tindakan akan diambil terhadap perwakilan yang menimbulkan kekecohan pada program itu.

“Saya lihat semua ini berlaku kerana pelakuan anak (perwakilan) saya, maklumlah anak ramai.

“Bila berlaku hal sesuatu apakah abah tak buat apa-apa, kalau tak buat apa-apa abah tak bertanggungjawab, kalau abah tak bertindak, tak nasihat…saya abah tak bertanggungjawab,” katanya lagi.



Source link