Malaysia Oversight

Muhyiddin gesa ahli Bersatu kekal tenang, yakin dengan proses parti

By MkiniBM in October 3, 2025 – Reading time 2 minute
Muhyiddin gesa ahli Bersatu kekal tenang, yakin dengan proses parti


Presiden Bersatu, Yassin menggesa anggota parti itu supaya kekal tenang dan berdisiplin di tengah cabaran dalaman yang melanda, sambil menegaskan semua isu akan ditangani melalui saluran parti yang sewajarnya.

Dalam kenyataan hari ini, mengakui wujud “keresahan dan kegusaran” dalam kalangan ahli akar umbi, namun mengingatkan mereka agar tidak mengambil tindakan di luar saluran parti yang sah.

Dalam suasana seperti ini, perkara paling penting ialah kita kekal bertenang, berdisiplin dan yakin bahawa segala isu akan diuruskan melalui saluran parti yang sah.

Sebarang tindakan luar daripada saluran ini hanya akan melemahkan parti dan memberi ruang kepada musuh politik kita,” katanya.

menegaskan lembaga disiplin parti telah diberi kuasa penuh untuk menyiasat serta membuat keputusan dengan adil dan telus.

Justeru, saya meminta semua ahli memberi ruang dan kepercayaan kepada proses ini berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya lagi.

Pada 30 September lalu, lembaga disiplin Bersatu menyatakan akan mengambil tindakan tegas, termasuk pemecatan serta-merta, terhadap ahli yang didapati bersalah melanggar disiplin dan mencemarkan imej parti.

Lembaga itu berkata pihaknya akan bersidang dalam masa terdekat untuk meneliti semua laporan dan aduan yang diterima, termasuk terhadap Setiausaha Agung, Azmin Ali, serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Tun Faisal Ismail Aziz dan Wan Saiful Wan Jan.

‘Berdiri teguh, saling menyokong’

Muhyiddin mengingatkan ahli Bersatu mengenai perjuangan lebih besar di depan, iaitu memperkukuh Bersatu dan PN, di samping mempertahankan kepentingan rakyat.

Jangan sesekali kita biarkan cabaran dalaman mengalih perhatian kita daripada matlamat ini,” katanya.

Muhyiddin juga menggesa ahli-ahli untuk berdiri teguh dan menzahirkan kesetiaan kepada perjuangan Bersatu.

Saat inilah kita diuji, dan saya yakin dengan kesabaran serta disiplin, kita akan keluar daripada cabaran ini lebih kuat, lebih utuh dan lebih bersatu,” katanya lagi.



Source link