KANGAR: Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang semakin meruncing susulan tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin utama menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi. Mereka bimbang kemelut yang sedang melanda parti itu bakal menjejaskan kekuatan serta fokus Bersatu dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan seterusnya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar, Izizam Ibrahim berkata, Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin…






