Malaysia Oversight

Muda persoal Anwar: Siapa sebenarnya keruhkan keadaan?

By MkiniBM in December 23, 2025 – Reading time 2 minute
Muda persoal Anwar: Siapa sebenarnya keruhkan keadaan?


Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz, mempersoalkan pendirian Perdana Menteri Ibrahim susulan reaksi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah addendum, semalam.

Dalam satu kenyataan, Amira Aisya menyifatkan tindakan yang juga presiden dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai “pelik dan tidak patut”.

f735f4b38750d224e5520e81fdbdcf17

Katanya, ini khususnya apabila kenyataan tersebut dilihat seolah-olah menzahirkan simpati yang berisiko mengeruhkan keadaan.

“Saya rasa pelik dan tak patut bila PMX () yang mengetuai PKR dan PH keluarkan kenyataan begini.

“Sedangkan begitu ramai aktivis dan ahli politik yang melawan Najib sewaktu beliau perdana menteri ada dalam PKR,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Amira turut mempertahankan reaksi segelintir pihak yang menyuarakan kegembiraan dan menyambut keputusan Mahkamah Tinggi, sambil menegaskan ini tidak didorong oleh dendam peribadi.

“Ini bukan soal dendam. Tapi menyambut kedaulatan undang-undang. Ini menyambut kemenangan rakyat pada 2018,” katanya.

Menurut Amira Aisya adalah sesuatu yang dapat difahami sekiranya ahli-ahli marah terhadap keputusan tersebut atau terhadap pihak yang menyambutnya, memandangkan Najib merupakan tokoh besar parti itu.

416c928ae2a3f91c1d305132763c9973

Namun, Puteri Wangsa, Johor itu mempersoalkan mengapa wakil rakyat PKR pula dilihat turut menunjukkan kemarahan terhadap reaksi tersebut.

“Yang saya tak faham bila ada wakil rakyat PKR sibuk nak marah-marah juga,” katanya, sambil menyimpulkan kekeliruan itu dengan ungkapan sinis, “Make it make sense.”

Kenyataan Amira Aisya hadir ketika perbahasan awam semakin memuncak mengenai reaksi pemimpin politik terhadap keputusan mahkamah dalam kes Najib.

Ia dilihat bukan sahaja menguji prinsip kedaulatan undang-undang, tetapi juga konsistensi politik parti-parti yang sebelum ini lantang menentang kleptokrasi.

8496a54b95902c4c7d8c53cb6de7c141

Tanpa menyebut nama, Anwar hari ini menegaskan bahawa badan kehakiman mesti terus kekal bebas dan tidak dipengaruhi pihak luar.

Anwar juga secara tersirat menegur DAP yang “meraikan” keputusan itu semalam sehingga mencetuskan kemarahan dan desakan agar parti itu keluar daripada .

Hubungan antara dan DAP dilihat semakin tegang apabila Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua melancarkan serangan terhadap penyokong Umno dengan melabelkan mereka sebagai “pencinta seorang penyangak”.

Malah secara terbuka, Pua menegaskan dia dan partinya berbangga kerana memainkan peranan penting dalam pemenjaraan Najib.

f1018c67d122bbd65bb6fb166a412dbf

Pua, yang membongkar skandal 1MDB semasa Najib menjadi perdana menteri, turut menyatakan bahawa “penyangak terbesar di Malaysia” itu sepatutnya berterima kasih atas “diskaun besar” yang diterimanya apabila Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjara serta denda yang dikenakan.

Hantaran itu dibuat sebagai reaksi terhadap beberapa pemimpin Umno yang mengecam Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin, kerana menyatakan bahawa kegagalan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah merupakan satu lagi sebab untuk diraikan hujung tahun ini.





Source link