Malaysia Oversight

Muda lancar kempen dakwa semula Zahid Hamidi

By MkiniBM in August 18, 2025 – Reading time 3 minute
Muda lancar kempen dakwa semula Zahid Hamidi


Muda melancarkan kempen menuntut Jabatan Peguam Negara (AGC) membuka semula kes-kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemangku presiden parti itu, Amira Aisya Abdul Aziz berkata kempen itu penting kerana rakyat berhak tahu kebenaran.

“Sebab bagi saya, ini bukan sekadar kempen Muda. 

“Ini adalah kempen semua rakyat Malaysia yang nak tahu kebenaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Lawyers For Liberty (LFL) di Petaling Jaya, hari ini.

Amira Aisya berkata rakyat Malaysia mahu tahu “bagaimana orang yang berada dalam boleh lepas dengan begitu sahaja.

Kempen itu melibatkan siri demonstrasi, ceramah dan jelajah ke seluruh negara

“Dan kami tidak takut untuk turun ke jalanan untuk menuntut pendakwaan semula Zahid Hamidi,” katanya.

da9bb88db4bae0c90cf4961c37760ed4

Pada 4 Sept 2023, Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) untuk  47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu Collin Lawrence Sequerah membenarkan DNAA yang dipohon oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Pertuduhan itu melibatkan 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah, dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

DNAA bermaksud seseorang itu boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak pendakwaan ingin menyemak semula perkara itu.

Selain itu, Zahid juga didakwa sebagai terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) melibatkan projek pembinaan enam kapal untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Boustead Naval Shipyard (BNS) bermula pada 2011 dengan kos RM9 bilion.

Projek ini menjadi tumpuan apabila didapati tiada satu kapal pun siap ketika itu walaupun lebih RM6 bilion telah dibayar kepada kontraktor.

Dalam kempen PRU15, Perdana Menteri Ibrahim (ketika itu ketua pembangkang) antara pemimpin yang terus mengkritik skandal ini.

691f68c638acbabafe620a995598c8fb

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan dan melakukan beberapa tangkapan termasuk terhadap bekas Pengarah Urusan BNS, namun sehingga kini tiada tokoh politik utama didakwa.

Sementara itu, Amira berkata 47 pertuduhan ke atas Zahid wajid disiasat semula kerana keputusan DNAA ke atas Zahid bukan keputusan mahkamah.

“Ini bukannya keputusan mahkamah tetapi keputusan yang diambil oleh AGC. Maka, jawapannya perlu datang daripada AGC.

“Adakah keputusan DNAA ini akan menjadi satu kes pendahuluan kepada mana-mana ahli politik yang akan dibawa ke mahkamah itu? 

“Saya rasa ini satu persoalan yang paling besar kerana kes ini bukan kes kecil, kes ini adalah kes berprofil tinggi dan kes ini bukan sahaja berada di peringkat pendakwaan tetapi sudah masuk ke peringkat pembelaan.

a4fab6b7df253f6517f6cbaf9e81279f

“DNAA ini satu isyarat yang jelas bahawa perpaduan pada hari ini tidak benar-benar memperjuangkan isu salah laku di negara ini,” katanya.

Sedia disaman Zahid

Dalam perkembangan lain, setiausaha agung parti Muda Ainie Haziqah berkata dia sedia berdepan tindakan saman Zahid ke atasnya.

“Saya menyambut baik sekiranya beliau mahu meneruskan saman ini kerana rakyat berhak menyaksikan kebenaran didedahkan di mahkamah terbuka.

c52791bd49941abaf42643f7ba39efff
Ainie Haziqah

“Sebagai setiausaha agung Muda, saya percaya adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membangkitkan isu-isu berprofil tinggi yang melibatkan kepentingan awam.

“Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan undang-undang. Malah, saya bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Zahid Hamidi sekiranya beliau benar-benar mahu membersihkan nam,” katanya.

Zahid yang juga presiden sebelum ini menghantar notis tuntutan kepada Ainie meminta permohonan maaf dan ganti rugi.

Malaysiakini, difahamkan notis itu dihantar susulan ucapan Ainie semasa perhimpunan Turun baru-baru ini.



Source link