Malaysia Oversight

Muafakat Nasional adalah penyelesaian, kata Shahidan

By MkiniBM in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
Muafakat Nasional adalah penyelesaian, kata Shahidan


Muafakat Nasional (MN) adalah penyelesaian kepada segala kemelut politik yang melanda negara termasuk di Perlis, menurut Pengerusi Perikatan Nasional negeri itu, Shahidan Kassim.

“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih…solusi Muafakat Nasional,” tulisnya di Facebooknya hari ini.

Hantaran itu tidak merujuk mana-mana pihak secara khusus namun ia dibuat di tengah situasi politik semasa di Perlis.

Politik Perlis menyaksikan pergeseran antara kepimpinan dan Bersatu susulan akuan bersumpah (SD) lapan – lima dari Bersatu dan tiga daripada – menolak kepimpinan Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.

Susulan itu, pada 25 Disember lalu, Mohd Shukri meletakkan jawatan yang menurutnya dibuat atas faktor kesihatan.

Semalam, Kuala Perlis yang juga Pengerusi Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru.

Pemilihan Abu Bakar sebagai Menteri Besar menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Bersatu, termasuk gesaan menghidupkan semula kerjasama MN antara dan .

Dalam satu hantaran ringkas di media sosial semalam, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shari berkata “kawan sudah memilih menjadi lawan”.

Hantaran itu disambut Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh yang membayangkan apa yang berlaku boleh membawa kepada kerjasama semula antara PAS dan .

“Kawan makan kawan. Kawan jadi lawan. Tetapi insyaAllah, kita boleh usahakan lawan jadi kawan,” katanya yang turut menandakan Ahmad Fadhli dalam hantaran tersebut.



Source link